PANDUAN MUDAH KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH

KIRAAN MUDAH KELAYAKAN DIRI

Setelah mengumpulkan data kewangan sendiri,  kini anda boleh mengira sendiri kelayakan anda untuk memohon pinjaman dan memilih rumah dengan harga yang bersesuaian dengan kelayakan semasa.

Kiraan kelayakan dikenali sebagai DSR (debt service ratio).

a)    KIRAAN DSR

Bagaimana menentukan harga rumah yang sesuai untuk dibeli oleh anda?

Persoalan ini boleh dijawap oleh mana-mana perunding hartanah. Namun anda sendiri boleh mengiranya sebelum berurusan dengan perunding hartanah.

Berdasarkan formula mudah:

Pendapatan bersih (setelah ditolak dengan potongan dan komitmen bulanan serta kos sara hidup minima yang ditetapkan oleh institusi kewangan) x 200

Contoh :

Pendapatan : RM 3,500

Jumlah penolakan : RM 250

Jumlah komitmen sekarang :  RM 300

Kos sara hidup minima : RM1300 (bergantung kepada institusi kewangan dan boleh berubah mengikut semasa)

Bulanan maksima  : RM 3,500 – 250 – 300 – 1300 = RM1,650

Atau pengiraan untuk bulanan, harga rumah / 200

Maka; anggaran harga rumah boleh lepas pinjaman:

1650 x 200  = RM330,000

 

 

Jadi senanglah nak fokus bila anda sudah mempunyai anggaran harga rumah berdasarkan pendapatan anda sekarang.

Pihak institusi kewangan lazimnya menyemak laporan kredit pemohon sebelum meluluskan pembiayaan.

Sekiranya laporan kredit pemohon tidak baik, maka agak sukarlah permohonan pinjaman diberi kelulusan.

Paling utama, institusi kewangan akan menyemak rekod pembayaran CCRIS; sekiranya rekod cacat atau terdapat tunggakan serta laporan CTOS yang menunjukkan bahawa dia seorang pembayar hutang yang tidak bagus.  Sekiranya rekod keduanya tidak menunjukkan ciri seorang pembayar yang bagus, permohonan anda akan ditolak serta merta.

b)    SEMAK CCRIS

Institusi kewangan perlu merujuk rekod CCRIS pemohon agar dapat menganalisa rutin bayaran serta jumlah komitmen   ansuran bulanan pembiayaan atau pinjaman berkaitan institusi kewangan termasuklah PTPTN atau pinjaman kredit lain seperti AEON kredit.

Sekiranya ada tunggakan, rekod CCRIS akan menunjukkan jumlah bulan yang tertunggak.  Oleh itu pastikan rekod sendiri tiada rekod nombor selain ‘0’ adalah paling terbaik.

Sekiranya ada rekod tunggakan, selesaikan dahulu pembayaran untuk mendapatkan rekod yang cantik, namun rekod lama sehingga 12 bulan masih tertera dalam penyata CCRIS.

Jika terdapat tunggakan PTPTN juga tertera dalam penyata CCRIS. Oleh itu, anda perlu membuat penjadualan semula dan menyertakan surat daripada PTPTN semasa membuat permohonan pinjaman.

Bagaimana menyemak CCRIS :

Terdapat kiosk di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur atau cawangan BNM (Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kuching, Kota Kinabalu).

Hanya perlu bawa kad pengenalan untuk mencetak penyata CCRIS anda.

  1. Cawangan AKPK
  2. Semak CCRIS secara online sekiranya tiada berkesempatan ke kiosk, hanya perlu klik https://www.creditbureau.com.my/ dan cetak penyata CCRIS dengan bayaran minima (lebih kurang duit minyak pergi kiosk je).

 c)  SEMAK CTOS

CTOS adalah sebuah sistem yang merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam dan menjadi antara sumber rujukan laporan kredit untuk institusi kewangan bagi setiap permohonan pembiayaan daripada individu atau syarikat.

CTOS hanya berperanan menganalisa risiko pemohon pembiayaan dan digunakan di kebanyakan institusi kewangan dan mempengaruhi keputusan penerimaan permohonan berdasarkan maklumat yang terkumpul.

Laporan CTOS memperincikan pengesahan identiti, penglibatan perniagaan, jawatan pengarah dan pemilikan perniagaan. CTOS juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes serta maklumat institusi kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *