5 pembeli booking serentak!
kena scam..
Kisah pemilik rumah banglo setingkat jual rumah kepada 5 pembeli rumah serentak!
Kisah saya sendiri terkena scam beli rumah banglo murah. Rupanya rumah dibina atas tanah kurnia yang tidak layak dijual. Pemilik perlukan sumber kewangan untuk memperbaharui kos premium!
gara-gara lot lidi..
Kisah ini berlaku lebih kurang 20 tahun lalu, Saya belumpun memiliki rumah pertama. Saya sangat teruja untuk mendapatkan rumah pertama saya lepas hadiri seminar hartanah. Pada waktu itu, saya belum lagi menceburi bidang hartanah secara rasmi.
Saya telah bertemu dengan tuan rumah yang mengiklankan rumah sesebuah setingkat di Subang untuk dijual dengan harga RM95K. Harga sangat murah dan rasa rugi kalau saya tak ambil peluang ini.
Saya terus membayar deposit dipinta oleh pemilik rumah adalah RM5,000 sebagai tanda jadi dengan harga yang ditentukan oleh pemilik rumah. Harga jualan selepas dirunding yang dipersetujui adalah RM80,000. Dokumen akurjanji pembelian saya taip sendiri dengan terma yang dipersetujui dan mendapatkan tandatangan tuan rumah dan saya sendiri.
Saya tidak memohon pinjaman perumahan sebab ada tunai ditangan. Cuma perlu buat tambahan dengan memohon pinjaman peribadi di Agro bank. Sementara tunggu pembiayaan peribadi daripada bank, memakan masa lebih kurang sebulan.
.
.
Saya tidak tahu pemilik rumah rupanya juga mengutip deposit daripada 5 individu lain serentak dengan perjanjian yang sama. Bila loan peribadi lulus, tiba-tiba pemilik menaikkan harga kepada RM90,000, atas alasan sudah berganti bulan dan harga pasaran meningkat. Sekiranya tidak bersetuju maka deposit RM5,000 akan hangus.
Pada waktu itu saya rasa tertipu dan membuat laporan polis. Dari situlah saya tahu ada 5 lagi individu lain yang mengalami kes yang sama dengan tuan rumah yang sama.
Pembeli lain ada buat kaveat untuk menuntut semula deposit, tapi pemilik telah gunakan semua deposit untuk membayar premium tanah tersebut.
Cerita sebenar, pemilik tidak berniat untuk menjualpun rumah tersebut. Pemilik hanya berdalih untuk dapatkan wang bagi bayaran premium mengelakkan tanah ditarik balik. Tambahan pula, tanah kurnia memang tidak boleh ditukar milik
Kisah sudah berlalu dan duit depositpun hangus. Kaveat yang dibuat individu terlibat juga sudah tamat tempoh. Hanya pengalaman mengajar erti hidup dengan ilmu adalah sangat penting!
“Kisah lalu mengajar kita menghadapi masa depan —Jangan kita ulang kesilapan orang lain dan perlu menjadi lebih bijak bagi mengelakkan kebodohan sama berulang”
kisah perlu kesah episodes
A Location
Unlike Others
Nulla facilisi. Sed eget nunc tempor ante varius efficitur. Praesent efficitur augue at sapien auctor, efficitur posuere lectus vulputate. Praesent vitae accumsan nisl. Morbi commodo mollis ex, sed mattis ipsum aliquam eget. Duis varius molestie elit vel ultricies. Vestibulum iaculis urna sapien, et ultricies lorem sollicitudin ac. Sed aliquet commodo dui, ut semper nisl. Mauris congue eros eget gravida lacinia.
